2008-07-20

"Tolong Janganlah....."

"Tolong janganlah lakukan yang berikut untuk atau semasa hari perkahwinan you."

1) Pakai pakaian yang:

a) bukan saiz u
b) potongannya tak sesuai dengan u
c) warnanya tak sesuai dengan tona warna kulit u
d) yang jarang sampai nampak tali bra.

Pakaian biarlah selesa agar boleh bernafas dengan lega. Maklumlah bila naik pelamin semua pengantin rasa gementar dan darah gemuruh. Kalau koset tu dah ketat sangat, dek sebab tak cukup oksigen, nanti pengsan pulak atas pelamin.

Pakaian yang jarang dan menampakkan anak baju atau kain dalam memang menarik perhatian semua yang hadir. Tapi perhatian yang agak menjelekkan. Perhatian para hadirin patut tertumpu kepada kejelitaan dan kesopanan pengantin perempuan, dan kejejakaan pengantin lelaki.

Pakaian yang disewa selalunya ada aje yang tak kena potongannya - besarlah, lengan pendeklah, kain pendeklah, baju labuhlah. Dengan perancangan dan persediaan awal masalah ini boleh diatas. Ubah suailah pakaian itu agar ia nampak cantik dan sesuai di pakai.

"Selamat pengantin baru kepada yang akan naik ke jinjang pelamin."

No comments: